Monday, 6 June 2011

sepinya dia...

tergantungku disini
mencari jawapan pada soalan x pasti
masihkah aku dengannya??
masihkah aku dalam anggapanya??
sedang dia sepi tanpa bicara
diam entah ada tiada memikirkan hubungan ini
aku kebisuaan...
belari dari jawapan "aku tak lagi dengannya"
mungkinkah noktah mulai menampakkan dirinya??


Friday, 3 June 2011

wahai manusia yg perasan diri ko tu bagus dan sempurna !!!

aku x tahu la apa masalah org2 kat labuan ni.. suka sgt mgutuk org dari belakang ( padahal org tu xde pon kacau korang )... sibuk mahu peduli hal org.. ingat ko tu sempurna sgt ka sibuk2  nak menilai keburukan org lain?? aku perhatikan, kat labuan jew org2 dia mcm ni ( OBSESI NAK FIKIRKAN ORG LAIN YANG XDE KENA MGENA DGN DIA).. tempat lain xde pun mcm ni.,. agak2 la geng ( geng palahotak!! ) nak jaga tepi kain org.. tngok diri n cermin, baru kaya harta mak bapak, dah nak pandang hina org.. x fikir ke bila mak bapak ko MATI, ko still bole kaya lagi ka??? HERAN!! sampai bila-bila pun, kita xkan dapat puaskan hati semua orang.. baik dari segi percakapan kita..bahasa kita..budaya kita..pemakaian kita..cara kita..kebaikan dan keburukan kita pun sama gak.. sampai bila2 pun orang xkan puas hati dgn apa yg kita tampilkan... GERAM TUL AKU!!

lumrah dunia


Aku seperti mampu rasakan dengan perubahan iklim kehidupan yang sedang mengalami proses kemarau ini. Gelojak jiwa mereka yang kecewa, sedih dan derita terpancar melalui riak wajah yang sememang tidak mampu untuk disembunyikan akibat bahang masalah dan beban yang tidak mampu ditahan. Terasa rindu pula dengan kesenangan dan keselesaan yang dahulu sering melayani diri tika bunga hatinya mekar.
Sememangnya lumrah dunia ini begitu, segalanya berputar dan berpusing ibarat roda. Musimnya sentiasa silih berganti. Angin pun bukan sentiasa bertiup ke Utara, adakalanya akan bertukar arah ke Selatan, Barat mahupun Timur. Apatah lagi manusia yang mempunyai Iman yang rapuh, pancaroba dunia ini lebih bijak memanipulasi perasaan kita berbanding kita sendiri yang diberi akal ini.
Sahabat,
Manakan hendak dinikmati kesenangan kalau tiada ujian dan cabaran. Kebahagiaan itu menjadi fitrah manusia untuk sentiasa dan cuba mendapatkannya, tetapi harga yang perlu dibayar adalah mahal. Ibarat sirah perjuangan Rasulullah S.A.W. Bukan senang untuk kita merasai nikmat Iman dan Islam ini kalau tanpa Rasulullah S.A.W. berusaha gigih sehingga sanggup berkorban jiwa raganya. Maka mengapa kita tidak mengambil iktibar daripadanya untuk diaplikasikan sepanjang hidup kita ?
Syukur
Kita sering mengeluh dan mengomel. Bosan mendepani masalah hidup yang tiada pengakhiran. Jemu dengan usaha yang awalnya bertunjangkan segunung harapan namun berputus asa dengan kegigihan yang tiada keberhasilan. Akhirnya kita duduk termanggu di pinggiran merenung hari-hari mendatang yang akan dijalani dengan kemurungan.
"Nikmat mana lagikah yang hendak kau dustakan." 

Wednesday, 1 June 2011

sgt2 suka membaca ini !!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaum bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…